SM AMIN
Tindakan pihak tidak
bertanggungjawab menyerang Tabung Haji kononnya sedang mengalami
kerugian adalah disebabkan beliau sebagai Pengerusi, kata Datuk Seri
Abdul Azeez Abdul Rahim.
KUALA LUMPUR, Tindakan pihak tidak bertanggungjawab
menyerang Tabung Haji kononnya sedang mengalami kerugian adalah
disebabkan beliau sebagai Pengerusi.
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
berkata selepas gagal menyerangnya secara peribadi, sasaran diarahkan
kepada Tabung Haji yang diterajuinya.
“Kita tidak ada masalah. Ini dakyah
polemik politik kerana saya jadi pengerusi, sebagai ahli politik sebab
itu mereka nak serang peribadi tidak boleh, mereka serang Tabung Haji.
“Makcik-makcik jangan percaya, kami ini pun orang beramanah, kami orang Islam, kami akan jaga Tabung Haji dengan baik.
“Jangan risau Tabung Haji tidak ada
kerugian wang sama sekali. Ini adalah satu polemik dipolitikkan,”
katanya dalam sidang media di Parlimen di sini.
Ahli
Parlimen Baling itu juga turut membidaskan tindakan pembangkang
kononnya terdapat institusi-institusi lain yang meletakkan wang mereka
di dalam Tabung Haji.
Beliau menegaskan Tabung Haji khas untuk orang Islam dan tidak ada institusi-institusi lain yang menabung di dalam Tabung Haji.
“Saya juga ingin memaklumkan kepada
pihak-pihak pembangkang. Hari ini saya tengok DAP memberikan kenyataan
mengatakan institusi-institusi banyak letak duit dalam Tabung Haji tidak
benar sama sekali.
“Tabung haji hanya untuk orang Islam, rakyat Malaysia sahaja boleh menabung dalam Tabung Haji.
“Saya ahli Parlimen BN. Justeru mereka
nak politikkan Tabung Haji sehingga boleh fitnah yang kita telah
kehilangan duit, muflis dan pelbagai dakyah pembangkang yang mula
dimainkan di blog dan sebagainya,” katanya.
Mengulas mengenai kebocoran surat nasihat
Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai penyusutan rizab Tabung Haji, Azeez
berkata beliau akan berbincang dengan peguam untuk ambil tindakan
lanjut.
“Berkaitan apa yang surat BNM yang bocor,
saya sedang berbincang dengan pihak peguam bagaimana tindakan susulan
yang saya nak ambil sebab surat itu dalam simpanan saya.
“Saya akan ambil tindakan undang-undang
kepada sesiapa yang mengeluarkan surat BNM itu yang penuh tidak
bertanggungjawab,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.