KUALA LUMPUR,  Rompakan bukannya bahan jenaka terutama apabila membabitkan keselamatan diri sendiri dan orang yang tersayang.


bagaimanapun, video olok-olok semakin kerap dimuat naik di media sosial seperti Facebook susulan kes seorang lelaki yang ditangkap kerana membunuh dua perompak yang menceroboh masuk ke rumahnya Terengganu.

Sebagai contoh, satu video yang dimuat naik Fariz Jefri pada laman Facebook miliknya, yang kemudian dikongsikan netizen lain, memperlihatkan seorang lelaki diancam perompak yang masuk ke rumahnya dan dilayan sebagai tetamu berbanding diberi ancaman.

Rakaman video itu mendapat sambutan sehingga dikongsikan Sukan Star TV dan menerima lebih 1.4 juta views, 26,833 likes, 25,200 shares dan lebih 2,000 komen daripada netizens.

Satu lagi rakaman video olok-olok oleh penghibur tempatan bernama Zukieee turut mendapat sambutan serta-merta.

Rakaman video itu memaparkan tiga situasi yang memperlihatkan seorang lelaki bertanyakan teka-teki kepada rakannya mengenai pekerjaan paling selamat di atas bumi, di mana jawapannya adalah pecah rumah.

Dalam dua situasi lain, lelaki terbabit berteka teki mengenai kes terbaru mengenai gadis yang diculik yang kemudian didapati rupa-rupanya palsu, selain cadangan menteri supaya melakukan dua kerja.
Rakaman video terbabit dijadikan jenaka oleh ramai netizens dan menerima lebih 600,000 likes.
Pautan video:

Fariz Jefri: https://www.facebook.com/SukanStarTV/videos/1050189118381439/
Zukieee: https://www.facebook.com/SukanStarTV/videos/1051650381568646/