KUALA LUMPUR-  Anak lelaki kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Farhan Yassin akan dipanggil polis ekoran tindakannya yang dikatakan cuba menghina pasukan keselamatan berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan itu dibuat untuk memberi peluang kepada anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjelaskan maksud gambar dimuat naik dalam akaun Instagramnya.

“@PDRMsia akan panggil Farhan Yassin untuk dia jelaskan apa yang dimaksudkan dengan tanda (uncang duit) di crest PDRM yang beliau siarkan di Instagramnya,” katanya menerusi laman Twitternya semalam.

Sebelum itu, anak Timbalan Presiden Umno itu dikatakan memuat naik gambar logo PDRM yang diubah suai dengan menambah gambar uncang duit.

Kemudian, gambar terbabit telah dipadamkan dari laman Instagramnya itu.