HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Februari 2016

Edit gambar Zahid perbuatan biadap

 
Walaupun semua orang mahukan kebebasan, tetapi ia perlu mempunyai had dan tidak semuanya perlu bebas.


Datuk-Seri-Mahadzir-Khalid


PETALING JAYA : Biadap! kata Datuk Seri Mahadzir Khalid kepada individu yang mengedit gambar Timbalan Perdana Manteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerupai binatang.

Menteri Pendidikan berkata, walaupun semua orang mahukan kebebasan, tetapi ia perlu mempunyai had dan tidak semuanya perlu bebas sehingga boleh mengeluarkan apa sahaja tanpa memikirkan orang lain.

“Ini biadaplah. Sedangkan di negara dah maju, dekat dengan kita pun, di negara ASEAN pun, mereka kekal dengan undang-undang yang ketat,” katanya pada sidang medianya selepas melakukan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan di sini hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menambah, masyarakat Malaysia hari ini juga telah rosak dan menjadi teruk disebabkan perkara-perkara seperti itu.

“Kalau duduk di negara China, Google pun tidak ada. Anda masuk China, pergi Shenzhen, Guangzhou, Ciaman, pergi Shanghai, Wuhan ke, Guilin ke, Kunming ke, tidak ada Google.

“Sebab apa? sebab dikawal. Tapi kita taklah sampai tahap macam itu. Tapi kena kawal, ” katanya.

Sehubungan dengan itu, Mahadzir mencadangkan akta-akta di bawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) diperketatkan bagi memberi pengajaran kepada mereka yang melampaui batas.

Tiada ulasan: