Halaman

Rabu, 24 Februari 2016

Jangan salahkan kementerian isu 156 profesor ditamatkan kontrak

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak seharusnya dipersalahkan dalam isu 156 profesor di universiti awam (UA) yang ditamatkan kontrak perkhidmatan.
 
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, universiti mempunyai kuasa autonomi dalam melantik profesor yang telah berstatus persaraan wajib.
 
“Ini apa yang saya katakan bergantung kepada universiti. Universiti mengetahui siapa yang patut mereka sambung, baik dalam pengajaran atau kajian,” katanya dalam sidang media di kementerian, hari ini.
 
Idris juga percaya, pihak universiti mempunyai asas-asas tertentu untuk tidak menyambung perkhidmatan profesor yang sudah mencapai umur 60 tahun.
 
“Jika merasakan perlu oleh universiti perlu sambung perkhidmatan mereka, mereka akan sambung. Universiti akan lihat apakah trek rekod mereka dalam pengajaran, penerbitan mereka,” jelasnya.
 
Mengulas lanjut, Idris turut menyatakan ia bukanlah suatu perkara yang baru memandangkan perkara itu sudah termaktub dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
 
“Ini adalah peraturan JPA yang mana apabila penjawat awam kita dah capai umur 60 tahun, ja merupakan persaraan wajib. Dan, apabila mencapai umur 60 tahun, mereka boleh dilantik melalui kontrak,” ujar beliau lagi.
 
Idris juga menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Profesor Negara (MPN) pada Isnin hadapan bagi membincangkan isu ini.
 
Sebelum ini, Jurucakap Parlimen DAP untuk Pendidikan, Sains dan Teknologi, Zairil Khir Johari mendakwa, pemberhentian 156 profesor membuktikan campur tangan kuasa eksekutif dalam pentadbiran akademik universiti.
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.