Halaman

Sabtu, 20 Februari 2016

KAHKAHKAH BUAT SALLEH SAID KERUAK

 shahbudindotcom

 





Dalam usaha membela dan mempertahankan Najib Razak berhubung kenyataan terbaru Pengarang Kewangan The Wall Street Journal, Ken Brown bahawa wang RM2,600 juta itu bukan datang daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya berpunca daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB, Salleh Said Keruak menyifatkannya sebagai suatu tuduhan melulu.

Katanya, Peguam Negara, Apandi Ali sudah menyatakan dana itu sumbangan peribadi keluarga Diraja Arab Saudi dan Najib tidak melakukan kesalahan jenayah berhubung wang tersebut.

"Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang menyerahkan dirinya "bulat-bulat" untuk disiasat SPRM dengan memberi keterangan dan kerjasama sepenuhnya.

"Peguam Negara dengan jelas menyatakan Najib tidak melakukan sebarang kesalahan. Maka, beliau bebas daripada sebarang tuduhan," katanya Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Kahkahkah...suatu jawapan pembodekan tahap klasik apabila Salleh mengatakan Najib merupakan Perdana Menteri yang pertama menyerahkan dirinya "bulat-bulat" untuk disiasat SPRM serta sudah dibebaskan daripada sebarang pertuduhan jenayah oleh Peguam Negara.

Tiadakah hujah lain yang di luar "kepompong Kota Belud" untuk menyanggah kenyataan Ken Brown itu?

Bukankah seluruh dunia tahu bahawa sebelum menyerahkan dirinya untuk disiasat, Najib sudah pun membuang Gani Patail sebagai Peguam Negara dan menggantikan dengan calon pilihannya sendiri, iaitu Apandi Ali?

Apakah itu yang Salleh banggakan kononnya Najib sudah menyerahkan dirinya  "bulat-bulat" untuk disiasat?

Sekali lagi...kahkahkah buat Salleh yang tidak pernah jemu-jemu membodek dan mempertahankan Najib seolah-olah beliau hanya Menteri Komunikasi dan Multimedia kepada seorang individu sahaja dan bukan kepada 30 juta rakyat Malaysia. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.