Halaman

Selasa, 16 Februari 2016

Ketua Hakim Syarie setuju tribunal hibrid bagi hak penjagaan

Zikri Kamarulzaman 




Ketua Hakim Mahkamah Syariah Tan Sri Ibrahim Lembut menyokong penuh penubuhan tribunal hibrid untuk menyelesaikan hak penjagaan anak antara agama.

“Saya sangat setuju, itu perancangan awal kita. Hakim dari (mahkamah) sivil, syariah duduk sama,” katanya pada sidang media hari ini.

Ibrahim mengulas saranan Persatuan Peguam Muslim yang juga mahu wakil Raja-Raja Melayu untuk duduk bersama di dalam tribunal berkenaan.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai hak penjagaan seorang ibu, S Deepa, yang menyaksikan anak-anaknya dipisahkan dengan suaminya yang memeluk Islam.

Dalam kes itu, Deepa diberikan hak penjagaan terhadap anak perempuannya, manakala seorang lagi anak lelaki pasangan itu diberikan kepada bekas suaminya, Izwan Abdullah.

Hakim-hakim membuat keputusan tersebut selepas berjumpa dengan kanak-kanak berkenaan dan menyoal dengan siapa mereka ingin menetap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.