Halaman

Sabtu, 20 Februari 2016

Mahathir harap Najib pertingkat prestasi

Najib Mahathir


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meningkatkan prestasi dalam kepimpinannya.

Menurut Mahathir, sebagai ‎anak kepada seorang pemimpin negara suatu pada masa dahulu, Najib seharusnya mempamer prestasi sebaik bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.

"Saya mempunyai harapan yang amat tinggi kepada Perdana Menteri (Najib) kerana beliau adalah anak kepada seorang Perdana Menteri (Abdul Razak) yang sangat berjasa.

"Tapi saya dapati prestasinya sekarang ini sangat berbeza. Saya harap beliau kembali kepada cara-cara ayahnya," katanya ‎dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Let's Read The Quran, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sambutan 40 tahun Najib dalam politik tanah air yang dijadualkan berlangsung petang ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sebelum ini, Mahathir dikatakan banyak mengkiritik ‎kredibiliti Najib sebagai pemimpin negara dan ketua kerajaan.

‎"Ayahnya telah menyumbang banyak kepada pembangunan negara kita‎. Saya harap beliau mencontohi ayahnya," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.