Halaman

Jumaat, 19 Februari 2016

Malaysia setuju guna pendekatan Arab Saudi perangi IS

SINAR HARIAN


Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjawab pertanyaan media selepas mendengar taklimat pertama persiapan pameran Defence Services Asia (DSA) di Wisma Pertahanan hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Malaysia bersetuju menggunakan tiga pendekatan Arab Saudi dalam memerangi Daesh termasuk mengenal pasti sumber kewangan kumpulan pengganas itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain itu, katanya, Malaysia sedia menggunakan pendekatan negara itu bagi mengenal pasti ideologi propaganda Daesh dan peranan media sosial dalam merekrut anggota kumpulannya.

"Ini merupakan hasil perbincangan saya bersama-sama rakan sejawatan Putera Mahkota Arab Saudi Muhammad bin Salman baru-baru ini.

"Pendekatan itu merupakan satu daripada inisiatif kerajaan dalam mengekang penyebaran Daesh, yang kini menjadi kebimbangan dunia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia menolak pendekatan ketenteraan yang digunakan oleh Arab Saudi.

Pada 27 Januari lepas, Malaysia dan Arab Saudi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama pertahanan terutama dalam bidang sains, teknologi dan industri.

MoU itu ditandatangani Hishammuddin dan Muhammad bin Salman semasa lawatan kerja Hishammuddin ke negara itu. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.