HALAMAN SANTAI

Khamis, 18 Februari 2016

Najib sentiasa tenang, punyai kesabaran luar biasa - Zahid

Alyaa Azhar  




Cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadapi tekanan semasa ditahan mengikut Ops Lalang pada tahun 1987 meletakkan asas bagi dirinya menjadi seorang pemimpin yang hebat, kata timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berucap pada majlis pelancaran buku edisi khas bertajuk 'Najib Razak 40 Years 40 Pictures' hari ini, katanya, Najib seorang insan yang mempunyai tahap kesabaran luar biasa kerana sentiasa tenang.

Zahid, yang mengenali Najib selama 30 tahun, berkata walaupun menempuhi pelbagai ujian, beliau tidak pernah menunjukkan kegundahan atau kemarahan, malah tidak pernah memburukkan mana-mana individu walaupun menerima laporan negatif terhadap seseorang.

Katanya, Najib menghadapi tekanan besar pada tahun 1987 kerana sebagai Ketua Pemuda Umno, tiga anggota exco sayap itu telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ketika itu, Zahid baru sahaja mula berkhidmat sebagai setiausaha politik Najib.

Beliau mendedahkan bagaimana pegawai polis Cawangan Khas (SB) datang ke kediaman Najib untuk menyoalnya berhubung perhimpunan yang bakal diadakan untuk menentang pemimpin MCA.

"Kami sama-sama daripada rambut lebat hingga rambut jarang. Daripada rambut hitam hingga rambut sudah beruban. Ini menunjukkan betapa lama saya bersamanya.

"Sebagai majikan dan rakan, saya lihat keperibadian beliau sangat luar biasa. Beliau ada kesabaran yang sangat tinggi yang jarang sekali seorang pemimpin mempunyai peribadi mulia seperti itu.

"Keistimewaan inilah yang Allah takdirkan untuk menguji kepemimpinan beliau. Bagaimanapun, beliau tetap tenang dan tidak gundah langsung," katanya.

Tiada ulasan: