Halaman

Rabu, 24 Februari 2016

PBB: Kemiskinan bumiputera bukan Melayu tertinggi

MALAYSIAKINI




Walaupun kadar kemiskinan turun secara menyeluruh di Malaysia, kaum tertentu adalah amat ketara dalam statistik kemiskinan, mengikut laporan pembangunan millineum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke atas negeri-negeri di Malaysia.

Pada pembentangan laporan itu hari ini, data menunjukkan sebanyak 34 peratus isi rumah Orang Asli adalah miskin.

Lebih ketara adalah kemiskinan menghantui satu daripada setiap lima isi rumah bumiputera di Sabah manakala di Sarawak pula, 7.3 peratus daripada bumiputeranya adalah miskin.

Laporan itu juga mendapati bahawa jurang pendapatan antara etnik masih menjadi masalah di Malaysia.

Perbezaan paling luas adalah di kalangan masyarakat Cina, dengan pekali Gini pada 0.405 pada tahun 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.