Halaman

Selasa, 23 Februari 2016

Pemimpin PKR tuduh Azmin semakin angkuh dan tidak terima teguran

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dituduh semakin angkuh dan enggan menerima teguran, menyebabkan ramai pemimpin PKR mula menjauhkan diri daripada beliau, kata seorang pemimpin dan wakil rakyat parti itu.
 
Beliau yang sebelum ini sinonim dengan 'kem' Azmin berkata ramai dikalangan akar umbi dan pemimpin tidak selesa dengan tindak tanduk Azmin akhir-akhir ini.
 
"Sudah ramai yang menyatakan hilang sokongan kepada Azmin. Dan perlu ingat, bahawa inilah tempoh yang paling kritikal terhadap Azmin," katanya kepada Antarapos.
 
Azmin adalah timbalan presiden PKR selain memimpin PKR Selangor.
 
Sungguhpun parti itu masih diterajui oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemusatan kuasa dilihat lebih ditangan Azmin seraya dengan kedudukannya sebagai MB di negeri termaju di Malaysia.
 
Bagaimanapun selepas 18 bulan memegang jawatan itu, teguran-teguran terhadap Azmin semakin lantang dan dilontar secara terbuka.
 
Antara pengkritik utama Azmin adalah bekas pemimpin cabang PKR Rembau dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.
 
Manakala di Selangor sendiri, Setiausaha Cabang PKR Kelana Jaya S. Murali menuduh Azmin sebagai tidak telus  dalam pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
 
Pemimpin PKR yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu Antarpos bahawa ramai dalam parti melhat Azmin sebagai tidak pro aktif dalam menepis tuduhan-tuduhan itu dengan fakta dan kebenaran.
 
"Azmin sepatutnya sedar diri tentang hal ini. Hari-hari ada sahaja yang menyerang beliau. Chegubard sendiri kata bahawa beliau mahu dedahkan segala minit mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN).
 
Malah S. Murali (Setiausaha Cabang PKR Kelana Jaya) juga nak dedah peraturan PBT," luahnya lagi.
 
Tambah pemimpin berkenaan, sikap sambil lewa Azmin menghadapi tuduhan berkenaan  menguatkan lagi rasa berang pemimpin-pemimpin parti terhadap Timbalan Presiden PKR itu.
 
"Apabila serangan dan dakwaan itu berfakta, Azmin kena juga menjawab secara berfakta. Jangan jawab secara dongengan. Sebab akan jadi banyak pihak membuat spekulasi dengan cara mereka sendiri,” kata beliau.
 
Menurut pemimpin itu, sokongan untuk menteri besar itu semakin menyusut kerana beliau dilihat gagal menyelesaikan pelbagai permasalahan rakyat.
 
"Azmin tidak selesaikan masalah yang dibawa akar umbi dan rakyat. Ramai pihak nak jumpa beliau. Tetapi apa masalah Azmin sampai tak mahu jumpa mereka?," soalnya lagi.
 
Sejak memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri bermula September 2014, Azmin dipalitkan dengan pelbagai kontroversi.
 
Terbaru Azmin dikaitkan dengan  peruntukan kontrovesi RM9.7 juta dalam projek pintu gerbang Kota Darul Ehsan. 
 
Beliau juga dibelit dengan dakwaan  pemberian projek balak secara tidak telus, selain dakwaan campurtangan dalam pelantikan ahli-ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
 
Tindakan Azmin merestui projek penukaran kubah Masjid Negeri Shah Alam yang berjumlah RM32.4 juta dipersoal pelbagai pihak, namun beliau menggunakan alasan ia 'dibenarkan' atas nama Islam.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.