Halaman

Rabu, 17 Februari 2016

Pemuda Umno mahu NGO kurang cari publisti murahan

MALAYSIAKINI




Exco Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah hari ini menasihatkan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah supaya mendapatkan fakta yang tepat dan bukannya mengkritik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, Mohd Ridzuan sekadar mencari publisiti murahan untuk melonjakkan nama.

“Nasihat saya sebagai orang muda, pada beliau. Kurangkan buat kenyataan akhbar mahupun sidang akhbar untuk nampak populis tanpa memahami isu yang dikatakan,” kata Armand Azha dalam satu kenyataan hari ini.

Sambil membidas Mohd Ridzuan (kiri, tengah), katanya beliau melihat lebih NGO itu terikut dengan permainan persepsi tanpa mengunakan fakta.

Armand Azha mengulas kenyataan Mohd Ridzuan awal hari ini yang mahu Ahmad Zahid untuk meletakkan jawatannya kerana didakwa menghina dengan mencabar belia untuk mengambil alih pekerjaan 3D (kotor, sukar dan berbahaya).

“Sektor 3D boleh dikatakan kurang mendapat sambutan dan minat daripada warga kerja rakyat Malaysia khususnya generasi muda. Ini berdasarkan fakta bukan auta atau emosi.

“Boleh dikatakan peratusan orang muda rakyat Malaysia dalam sektor 3D tidak ramai, kerana ini syarikat memohon kemasukan warga kerja luar untuk menampung kekosongan,” katanya.

Sebelum ini, timbul ‘kekecohan’ terhadap rancangan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh.

Armand Azha mengulangi hujah Zahid bahawa rakyat Malaysia tidak berminat dalam pekerjaan 3D, dengan itu yang memerlukan negara mengimport buruh asing.

Pada masa ini, terdapat 2.1 juta pekerja asing berdaftar di negara ini, walaupun jumlah sebenar dipercayai berganda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.