Halaman

Selasa, 23 Februari 2016

Perkahwinan di bawah umur meningkat sejak tahun 2000

MALAYSIAKINI




Jumlah perkahwinan di bawah umur dilaporkan meningkat di negara ini sejak tahun-tahun kebelakangan, mengikut laporan Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Malaysia.

Kesimpulan itu adalah berdasarkan perangkaan daripada Banci Penduduk Malaysia 2000 dan 2010.

Banci Penduduk 2000 menunjukkan 1.2 peratus daripada perempuan yang mendirikan rumah tangga adalah di antara umur 15 dan 19 manakala tambahan anggaran 6,800 kanak-kanak perempuan di bawah umur 15 direkodkan sebagai berkahwin.

Pada tahun 2010, jumlah perempuan yang berkahwin dalam lingkungan usia 15 dan 19 tahun meningkat 1.4 peratus manakala 1.2 peratus daripada lelaki yang sudah berkahwin adalah dalam kumpulan umur yang sama.

Menurut laporan itu, banci 2010 tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak perempuan di bawah umur 15 tahun yang dilaporkan sudah berkahwin.

Selain daripada data banci, laporan itu juga berkata statistik pendaftaran kesihatan ibu remaja yang mendapat pemeriksaan pra-natal di pusat kesihatan awam juga membantu menjelaskan jumlah perkahwinan di bawah umur.

Statistik itu menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada 18,000 ibu remaja yang melawat kemudahan pusat kesihatan berkenaan pada tahun 2011 dan 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.