Halaman

Selasa, 23 Februari 2016

TMJ sindir pengkritik melalui video

TMJ sindir pengkritik melalui video
 

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyindir para pengkritiknya dengan memuat naik video berdurasi selama 16 saat di laman sosial Facebook.

Dalam video yang dimuat naik melalui laman Facebook Johor Southern Tiger itu, Tunku Ismail dilihat memakai sarung tangan berwarna hijau setelah terdapat seorang peminat wanita ingin bersalaman dengannya.

Video berkenaan dipercayai ditujukan kepada netizen yang sebelum ini meluahkan kritikan berikutan daripada penyebaran foto isteri pemain Johor Darul Ta’azim,(JDT), Safiq Rahim bersalaman dengannya ketika meluangkan masa di kafe milik kapten kelab bola sepak itu.

Sebelum itu, Tunku Ismail turut mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial yang sama dengan menyatakan bahawa setiap manusia tidak perlu menghukum orang lain terutama melibatkan perkara-perkara kecil memandangkan hanya Allah yang boleh membuat keputusan sama ada setiap amalan diterima atau tidak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.