Halaman

Rabu, 24 Februari 2016

Tunggu mereka balik dulu



Oleh SUBKY LATIF


MUNGKIN betul orang-orang PAS yang keluar parti dan menyertai parti baru berhasrat untuk kembali semula ke pangkuan. Antara mereka sudah berada dalam PAS lebih 50 tahun. Bukan senang hendak melupakan asam garam yang dilalui selama itu.

Tetapi bagi yang dikatakan sudah datang menyatakan hendak balik semula, layanlah seadanya dan jangan cakap tentang pintu sudah tertutup dan sebagai. Alu-alukan hasrat mereka itu, mana tahu kalau mereka betul hendak datang kembali. Doakan saja biar betul mereka hendak balik.

Jangan cepat-cepat umum mereka sudah datang menyatakan hasratnya. Jika mereka hendak balik, biar mereka balik dulu. Jangan cepat-cepat bagi tahu media sehinggallah betul-betul mereka sudah berada di tengah PAS semula.

Apa yang berlaku itu adalah kejadian peringkat awal. Mereka baru bercadang. Bercadang tidak jadi lagi.
Banyak cadang tinggal cadang saja. Pada peringkat itu mungkin ada yang sudah ambil borang untuk jadi ahli semula. Pada peringkat cadangan itu, mereka boleh batal. Tak jadi masuk atau ia pergi ke parti lain.

Ada beberapa tokoh. Bersama-sama berjumpa bersetuju tinggalkan PAS dan tubuh parti. Bila parti baru ditubuhkan, mereka masuk PKR. Atau ada yang tunggu dalam PAS tetapi hatinya sudah tiada dalam PAS. Apa yang ditunggu, tak siapa tahu.

Jika kita cepat umum mereka hendak kembali, tiba-tiba mereka tak jadi kembali. Orang hendak tahu siapa? Bila mereka tak jadi balik, akhirnya kita tidak dapat bagitahu siapa yang kendak kembali itu? Bila tak jadi balik, nanti boleh memalukan kita.

Asas untk kembali semula itu banyak. Antaranya marah itu dan marah ini. Orang marah fikiran tidak stabil. Marah bukan sifat semula jadi makhluk manusia khususnya orang Islam. Marah itu adalah sifat makhluk lain. Mana-mana manusia sukah marah-marah, maka ia sudah terikut dengan perangai makhluk asing itu.

Marah ubatnya sabar. Jika kita tidak sabar masa marah. Maka macam-macam kita boleh lakukan. Bila kita sabar, lama-kelamaan marah itupun hilang dan kita boleh stabil semula.

Semua yang meninggalkan parti itu kerana tidak sabar. Sesudah beberapa bulan, banyakkan solat sunat dan banyakkan puasa sunat, maka hilanglah perasaan marah dulu. Bagi yang marah tapi tak keluar parti mereka senang untuk kembali. Tak perlu isi borang dan minta jadi ahli semula.

Masa marah itu duduuk di rumah dan tak usah campur urusan PAS. Sesudah lepas geram, boleh datang semula menyambung apa yang diperjuang dulu.

Tetapi bagi yang telah keluar, nak masuk semula tidak payah tetapi ada rasa malu dan segan silu. Tetapi jika ada sikap yang teguh, berani mengaku telah membuat silap, boleh datang semula.

Mungkin nama mereka belum dipotong daripada senarai ahli. Jika tidak menunggu lama, ketika nama belum dipotong, balik semua dan sambung keahlian lama, tak perlu isi borang.

Kalau ada yang dilihat ada atas pentas bersama parti baru atau selalu bersama mereka ke sana sini, ia adalah ketika sedang marah. Bila marah hilang, kita boleh kata kerana marah tetapi belum jadi ahli parti itu lagi. Sekarang tak jadi masuk dan untung belum jadi keluar PAS.

Sekalipun dia sudah masuk parti baru, kalau dia mengaku keluar parti baru, parti baru pun tak seronok. Malu mereka. Parti baru mungkin akan kata dia belum jadi ahli. Belum jadi ahli adalah lebih baik daripada jadi ahli kemudian keluar. Memang ramai orang keluar PAS tapi masuk semula. Tiada apa yang dimalukan. Malu pun dua minggu saja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.