Halaman

Rabu, 24 Februari 2016

‘Warna sebenar’ pembangkang makin terserlah – Juhara


Lambat laun rakyat akan sedar sikap sebenar pembangkang yang sukar bersatu dan sering berbeza pendapat.

jahara


PETALING JAYA : Pertelingkahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Lim Guan Eng berkenaan pengguguran dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR daripada lembaga pengarah syarikat kerajaan Pulau Pinang menunjukkan ‘warna’ sebenar Pakatan Harapan.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Juhara Abdul Hamid berkata pertelingkahan Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga menunjukkan siapa sebenarnya mereka.

“Ia (pertelingkahan Azmin dan Guan Eng) menunjukkan siapa mereka sebenarnya. Lambat laun sikap sebenar mereka terserlah,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Azmin yang juga Timbalan Presiden mempertahankan tindakan dua ADUN itu kerana mereka hanya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Peng dan ADUN Bukit Tengah Ong Chin Wen mengambil sikap berkecuali daripada mengundi terhadap usul UMNO berhubung isu penambakan di Pulau Pinang dalam sidang DUN, November lalu.

Mengulas mengenai penganjuran persidangan Freemason bermula hari ini hingga 28 Februari di Pulau Pinang, Juhara berkata, beliau tidak membantah penganjuran terbabit

“Jika tidak bertentangan dengan undang-undang…ia ok, teruskan,” katanya.

Juhara berkata, tindakan EXCO Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah yang membantah penganjuran terbabit adalah pendapat peribadinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.