HALAMAN SANTAI

Sabtu, 20 Februari 2016

Zamihan sedia sambut salam damai Dr Asri

Dr Asri, Zamihan
Dr Asri, Zamihan


SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin sedia menyambut salam perdamaian daripada Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Saya sedia maafkan Dr Asri. Tapi dia tetap bertanggungjawab di akhirat kerana fitnah terhadap saya," katanya, semalam.

Sebelum ini, Mohd Asri pada majlis Diskusi Santai: Ekstremisme Agama di Malaysia, pada 17 Februari lalu,  telah menghulurkan salam harmoni dan perdamaian kepada Zamihan.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Sudahlah, ku hulur salam harmoni buatmu Zamihan']

Menurut Mohd Asri, perdebatan dalam perkara yang tidak besar dalam agama perlu dihentikan.

Sementara itu menurut Zamihan, beliau tiada masalah untuk berdamai seperti yang diinginkan, namun Mohd Asri perlu bertanggungjawab di depan ALLAH SWT kerana menuduhnya sebagai Syiah.

"Dia fitnah saya sebagai Syiah sejak 2001. Dia yang mulakan dulu. Saya tidak kenal dia dan dia tidak kenal saya, tetapi dia boleh tulis dalam akhbar mengatakan saya Syiah. Berdamai tiada masalah, tetapi fitnah dia jawab di akhirat,” kata Zamihan.

Zamihan berkata, kalau benar mahu perkara ini diselesaikan dan dibincang secara ilmiah, beliau menuntut pertemuan dalam sidang Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Biar mufti yang buat keputusan sama ada saya salah dia betul atau saya betul dia salah,” katanya.


Tiada ulasan: