Halaman

Jumaat, 4 Mac 2016

Deklarasi libatkan pengubahsuaian sistem negara

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Raja Kamarul Bahrin Shah


KUALA LUMPUR - Deklarasi rakyat yang ditandatangani oleh beberapa pemimpin parti dan NGO bukannya hanya bertujuan untuk menukar pemimpin diktator sahaja namun turut melibatkan pengubahsuaian di dalam sistem pentadbiran negara.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, buat masa ini, setiap pihak hanya memberi keutamaan bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melepaskan jawatannya terlebih dahulu sebelum memberi keutamaan terhadap perkara lain.

"Ia diibaratkan seperti situasi di mana rumah kita terbakar. Sudah semestinya kita ingin menyelamatkan ia daripada terus hangus.

"Jadi untuk itu, kita ketepikan perbezaan dan fokus untuk turunkan Najib terlebih dahulu," katanya selepas Majlis Deklarasi Rakyat yang berlangsung di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mahathir: 'Kami hadir sebagai rakyat']

Dalam pada itu, seramai 58 orang pemimpin parti dan NGO menandatangani deklarasi berkenaan sebagai tanda bagi menolak kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.