Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata tiada apa yang perlu digusarkan dengan cadangan bekas Tun Dr Mahathir Mohamad yang menubuhkan sekumpulan teras bagi memerangi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, setiap perdana menteri di negara ini pernah berdepan dengan gerakan yang menentang mereka.
“Ada gerakan-gerakan yang menyerupai dilakukan sebelum ini, jadi ia bukan sesuatu yang harus digusarkan,” kata Zahid pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Menurutnya, jika sesebuah organisasi itu kuat,sebarang gangguan dari luar tidak akan memberi kesan.
“Biarpun ada gerakan dari luar, maka tidak berlaku kegoyahan... kalau kita Istiqamah dan berada dalam konsistensi, maka apa pun gelombang yang datang terpaksa dihadapi dengan tenang.”
Bahawa kesatupaduan itu menjadi tonggak yang tak boleh goyahkan sesuatu organisasi, terutamanya Umno,” katanya.
Mahathir pada sidang akhbar Isnin lalu ketika mengumumkan bahawa beliau meninggalkan Umno, mencadangkan penubuhan satu kumpulan teras untuk menyelaraskan usaha menyingkirkan Najib.
Zahid turut disoal sama ada kerajaan akan mengambil tindakan terhadap akhbar The Wall Street Journal yang dalam laporan terbaru, mendakwa lebih AS$1 bilion disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.
Katanya, laporan itu semata-mata agenda media antarabangsa.
“Kita serahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan juga Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk ambil tindakan.
"Terpulang kepada mereka untuk kaji," katanya, apabila disoal sama ada tindakan undang-undang akan diambil terhadap akhbar Amerika Syarikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.