Halaman

Rabu, 2 Mac 2016

Hudud: Kita belum berjaya, bukan gagal


Mohd Amar
Mohd Amar


KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan negeri sebenarnya gagal melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II atau hudud di Kelantan.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah mengalah dalam usaha untuk melaksanakan hudud dinegeri ini walaupun berdepan pelbagai cabaran.

“Apa yang dimaksudkan dengan gagal tersebut, kita belum berjaya lagi, ini bukan bermakna kita gagal. Contohnya, orang naik kelapa, kita baru sampai separuh, orang tak panggil gagal lagi.

“Mungkin kita berhenti untuk ambil nafas, selepas itu kita naik baliklah, kecuali kalau kami (kerajaan negeri) gelonsor turun dari pokok, itu barulah maknanya kami gagal, kami tidak gelongsor pun. Cuma kami tersangkut ditengah-tengah,” katanya kepada media di Kompleks Kota Darulnaim disini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang menganggap Pas sebenarnya gagal melaksanakan hudud yang diperjuangkan semenjak keberadaan arwah Datuk Nik Abdul Aziz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.