Halaman

Jumaat, 4 Mac 2016

Izzah terkejut Tun M sedia duduk sebelah sel Anwar

 MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Nurul Izzah Anwar Ibrahim
Nurul Izzah Anwar Ibrahim


PETALING JAYA - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar Ibrahim memberi reaksi terkejut dengan kenyataan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyatakan 'kesudian' beliau untuk 'duduk' dipenjara bersebelahan dengan ayahnya Anwar sekiranya beliau dipenjara.

Menggulas lanjut, Izzah yang juga merupakan anak sulung kepada Anwar Ibrahim berkata, secara peribadi beliau melihat isu Anwar-Mahathir bukanlah melibatkan isu dendam.

"Pada saya mungkin faktor utama memberi kejutan adalah kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa beliau bersedia untuk berkongsi sel yang sama dengan Datuk Seri Anwar maka sebaiknya kita nantikan dalam sidang akhbar Mahathir esok secara rasmi apa yang sedang dicadang atau ditawar.

"Kerana  pada saya sendiri premis utama atau prasyarat utama dalam menjalankan kerjasama adalah komitmen dan keikhlasan terhadap melaksanakan reformasi,"katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Katanya lagi, isu ini bukan isu peribadi, dendam mahupun  marah tetapi bagaimana semua pihak  dapat merungkai permasalahan dan  skandal yang melanda Malaysia.

"Kita juga harus melihat langkah konkrit untuk melaksanakan reformasi," katanya.

Terdahulu, sebelum ini Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa beliau 'sudi' berada bersebelahan dengan sel Anwar Ibrahim sekiranya beliau dipenjarakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.