Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan musuh Umno untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan memberi kesan.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan tersebut sebaliknya mengukuhkan lagi kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
"Bekerjasama dengan musuh ketat Umno hanya akan memperkukuhkan lagi kedudukan PM dalam Umno, saya berterima kasih kepada anda Tun (Dr Mahathir)," katanya melalui akaun twitter hari ini.
Dr Mahathir, yang mengambil keputusan keluar daripada Umno pada 1 Mac lalu, hari ini bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang dan bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno menandatangani Deklarasi Rakyat mahukan Najib meletakkan jawatan perdana menteri.
Antara yang turut hadir menandatangani deklarasi itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Lim Kit Siang dan Datuk Mustafa Ali. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.