SEREMBAN: Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan melaksanakan sistem
kutipan tol secara elektronik sepenuhnya mulai 12 tengah hari esok.
LEKAS dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pengguna yang
memasuki enam plaza tol lebuh raya itu, iaitu Kajang Selatan, Semenyih,
Pajam, Mantin, Setul dan Ampangan sebelum pukul 12 tengah hari esok, di
beri tempoh untuk bayaran tunai semasa keluar dari lebuh raya sehingga
pukul 12 tengah malam, 3 Mac.
"Ini selepas mengambil kira para pengguna yang berhenti di kawasan
rehat dan rawat atau meletakkan kenderaan dalam tempoh yang lama di
kawasan lebuh raya.
LEKAS juga akan mengedarkan sebanyak 50,000 kad Touch 'n Go secara
percuma yang mana pengguna cuma perlu membayar nilai kredit minima
berdasarkan kelas kenderaan masing-masing," kata kenyataan itu.
Bagi melancarkan operasi, kemudahan Lorong Tambah Nilai dan penjualan
kad Touch 'n Go di LEKAS akan beroperasi selama 24 jam serta penempatan
kakitangan di lorong bagi membantu mereka yang menghadapi masalah.
Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan
tanda arah yang disediakan semasa melalui kesemua plaza tol bagi
melancarkan perjalanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.