SHAH ALAM: Otai Reformis, kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim,
menetapkan empat syarat pihaknya untuk menyokong pendirian pimpinan
Pakatan Harapan (PH) yang mahu bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir
Mohamad bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Pengerusinya, Saari Sungib dalam satu kenyataan berkata, antara syarat
utama adalah mantan perdana menteri itu perlu menyokong pembebasan Anwar
yang pernah dipenjarakannya satu ketika dulu.
"Kedua, Dr Mahathir juga perlu menyokong segala langkah untuk memulihkan sistem kehakiman.
"Ketiga, Dr Mahathir hendaklah menolak semua akta yang masih digunapakai.
"Keempat, Dr Mahathir hendaklah berusaha untuk mengembalikan hak rakyat
termasuk lambang dan identiti keagamaan mereka," kata Saari yang kini
menyertai Parti Amanah Negara (PAN).
PH sebelum ini menegaskan tetap konsisten dengan pendirian untuk menyingkirkan Najib.
Petang ini, Dr Mahathir dijangkan akan menandatangani satu deklarasi
bersama pemimpin parti pembangkang menuntut peletakkan jawatan Najib
sebagai perdana menteri.
Portal The Malaysian Insider melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka turut
menandatangani deklarasi bersama Dr Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.