Baginda
berkata di majlis Utusan Business Award bahawa agensi yang
bertanggungjawab menghapuskan rasuah wajib mengambil tindakan tegas terhadap
sesiapa saja yang melanggar undang-undang.
Ini
Sultan Nazrin yang titah dan NST yang laporkan. Ramai tahu perhubungan akrab
Sultan Nazrin dengan keluarga Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng
Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak dan hakikat bahawa NST
adalah "milik" Presiden Umno.
![]() |
| Sultan Nazrin mahu tindakan tegas terhadap pelaku rasuah |
Bertitik-tolak daripada laporan di atas, izinkan saya mengemukakan beberapa pertanyaan dan mengulas ringkas.
Tetapi
sebelum itu, benarkan saya memberi peringatan kepada para pembahas budiman
bahawa tajuk ini amat sensitif kerana membabitkan Raja-raja. Jadi saya mohon
agar berhati-hati dan ambil maklum aplikasi Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, Akta
Multimedia dan menghina raja (lese majeste).
Pertanyaan saya:
1. Adakah Raja-raja Melayu puas hati dengan reaksi aratadbiran Mohd Najib terhadap titah perintah para duli tuanku mengenai 1MDB?
[Awal Oktober lalu Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataan menitahkan supaya penyiasatan kes 1MDB diselesaikan segara dan tindakan sewajarnya diambil ke atas semua yang didapati terlibat. Hampir lima bulan sudah berlalu. Dalam tempoh itu, Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan atas alasan beliau sakit dan tidak boleh menjalankan tugas. Tidak ada “Medical Board” dipanggil. Tetapi Abdul Gani cukup sihat sehingga boleh membuka syarikat guaman sendiri. Pengganti beliau, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, dilantik dalam suasana yang mencurigakan.]
2. Apakah para duli tuanku berpuas hati bahawa Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong telah diberikan maklumat yang sah mengenai kesihatan Abdul Gani apabila baginda bersetuju dengan kerajaan untuk menamatkan tempoh perkhidmatan Abdul Gani sebelum cucup tempoh?
![]() |
| Adakah Raja-raja diberikan maklumat palsu? |
[Kita khuatir Yang di-Pertuan Agong, sebagai wakil Raja-raja, telah dipersembahkan maklumat yang tidak tepat mengenai kesihatan Abdul Gani.]
3. Adakah para duli tuanku bersetuju dengan apa yang telah terjadi kepada penyiasatan ke atas 1MDB sehingga kini, khususnya tindak-tanduk Apandi membatalkan, melambatkan dan menolak hasil siasatan ke atas 1MDB?
4. Apakah kebimbangan Raja-raja Melayu mengenai Akta Majlis Keselamatan Negara sehingga menyebabkan para duli tuanku menitahkan Peguam Negara supaya melakukan penapisan (refiment) ke atasnya?
[Pakar-pakar perlembagaan dan perundangan berkata akta itu memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri dan agensi-agensi pelaksana (polis dan tentera) mengisytiharkan kawasan darurat dan memberikan kekebalan kepada mereka dalam menguatkuasakan akta itu.]
5. Berkenaan 1MDB, akaun peribadi Mohd Najib dan dakwaan pemesongan RM42 juta wang SRC International Sdn Bhd, tidakkah boleh Raja-raja Melayu menitahkan agar sebuah Suruhanjaya Penyiasat di-Raja ditubuhkan bagi mengambil alih semua tugas menyiasat tiga isu itu?
6. Akhir sekali, adakah Raja-raja Melayu sehati sejiwa bersama rakyat jelata menyelamatkan Malaysia?
Masanya
sudah sampai bagi setiap warganegara Malaysia - daripada Raja kepada
rakyat totok, tanpa mengira agama dan bangsa, parti dan ideologi – bersatu hati
menyelamatkan Malaysia secara sah, aman dan bertamadun.
Wallahuaklam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.