HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Mac 2016

Pernah serah telaga minyak Malaysia pada Brunei, pelantikan Pak Lah dipertikai

MALAYSIA DATELINE


Tun Abdullah Ahmad BadawiTun Abdullah Ahmad Badawi


Perlantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penasihat Petronas tidak disenangi ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kerana bekas perdana menteri itu pernah menyerahkan telaga minyak Malaysia kepada Brunei.

Sambil mempertikaikan pelantikan itu, Mahfuz berkata ketika menjawat perdana menteri, Abdullah telah menyerahkan telaga minyak di blok L dan M kepada Brunei meskipun sebelum itu ia menjadi milik Malaysia.

Malah ujarnya, Petronas telah menyerahkan usaha carigali minyak di kawasan tersebut kepada Murphy Oil.

"Tidak mungkin Petronas begitu bodoh dan tidak tahu block L & M bukan berada dalam EEZ (Zon Ekonomi Eksklusif) Malaysia.

"Mengikut penjelasan Murphy Oil, Petronas telah memaklumkan melalui surat penamatan kontrak perkongsian pengeluaran untuk block L dan M kerana padang minyak tersebut bukan lagi sebahagian daripada Malaysia.

"Surat tersebut dihantar kepada Petronas pada 21 April 2010. Penyerahan block L dan M diserahkan kepada Brunei sebagai pertimbangan untuk Limbang terus kekal menjadi milik Malaysia," jelasnya.

Mahfuz turut memetik laporan Bernama bertarikh 16 Mac 2009 yang menyiarkan kenyataan Abdullah di Bandar Seri Begawan bahawa Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutan ke atas Limbang.

"Persoalannya ialah tiada pernah pun berbangkit pertikaian tuntutan bertindih ke atas Limbang. Kalau pun benar ada tuntutan Brunei ke atas Limbang, sepatutnya Tun Pak Lah sebagai PM pada masa itu membawa ke pertimbangan Mahkamah Antarabangsa," ujar Mahfuz.

Apa yang lebih menghairankan, tambah beliau The Brunei Time pada 18 Mac 2009 melaporkan kenyataan Menteri Luar dan Perdagangan Kedua Brunei, Lim Jock Seng bahawa isu tuntutan wilayah ke atas Limbang tidak dibincangkan dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara kedua kerajaan.

"Apa yang berlaku ialah Tun Pak Lah telah pun menyerahkan block L dan M yang merupakan wilayah Malaysia kepada Brunei.

"Perlantikan Pak Lah sebagai penasihat tidak akan membantu menaikkan imej dan keyakinan dunia kepada Petronas," ujarnya.

Tiada ulasan: