PUTRAJAYA: Seramai 9,721 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015
mendapat keputusan cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran,
menurun berbanding 11,289 calon pada 2014.
Mengumumkan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi, Khair
berkata, Gred Purata Nasional (GPN) bagi SPM 2015 juga menurun kepada
5.15, berbanding 5.08 pada 2014.
"Jurang pencapaian calon di bandar dan di luar bandar mengecil sebanyak
0.05 iaitu 0.5 pada tahun 2015 berbanding 0.55 pada 2014.
"Berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), sebanyak 38 daripada 73
mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 34 mata pelajaran
menurun, manakala satu mata pelajaran mengekalkan prestasinya," katanya.
Seramai 440,682 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2015 di 34,501
pusat peperiksaan seluruh negara dari 2 November hingga 8 Disember lalu.
Mengenai penurunan dari segi calon mendapat keputusan cemerlang dan GPN
itu, Khair berkata, keputusan itu masih berada dalam julat dibenarkan
dan ia tidak membabitkan perubahan yang ketara.
"Bagaimanapun, setiap negeri akan membuat analisis mengenai keputusan masing-masing," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.