MSO
Pernahahan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli oleh polis mengikut
OSA di perkarangan parlimen petang semalam menimbulkan kemarahan
beberapa ahli pembangkang. Mereka mempersoalkan tindakan polis itu
sebagai menceroboh hak Parlimen dan meminta supaya Speaker Pendikar Amin
Mulia menjaga maruah Parlimen agar tidak dicerohohi secara wewenang.
Mereka juga meminta Pendikar membuat teguran kepada Ketua Polis Negara
Khalid Abu Bakar dan mendesak dibawa Rafizi ke Parlimen (bebas) segera.
Antara mereka yang bangun membangkit perkara itu, Johari Abdul (Sungai
Petani), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Khalid Samad (Shah Alam), Raja
Kamarul Baharin (Kuala Terengganu), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), dan
lain-lain. Ada ahli yang mendakwa Rafizi tidak perlu ditangkap sebegitu
rupa, cukup dengan memanggilnya hadir ke balai sahaja.
Sebelum ini pun sudah beberapa kali Rafizi dipanggil dan tidak pernah menghindarinya.
Rata-rata mereka tidak senang dengan cara polis menjalankan tugas
mereka, menangkap Rafizi, dimana ia disifatkan sebagai satu cara untuk
mengugut ahli parlimen lain. Sementara itu Presiden PKR Dr Wan Azizah
Wan Ismail dalam satu kenyataan menyelar tindakan PDRM itu menyifatkan
tangkapan ke atas Rafizi dilakukan seperti Gestapo?
Gestapo adalah gerakan Parti Komunis Indonesia (PKI) yang melakukan rampasan kuasa ke atas Suharto.
Pendikar Amin akan membuat ruling berhubung perkara itu dijangka sebelah petang nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan