shahbudindotcom
Berikutan
pendedahan yang semakin rancak mengenai Najib Razak berkaitan wang yang
masuk ke akaun peribadinya, di seluruh dunia dan juga di Malaysia,
berhujahlah Salleh Said Keruak atau panggilan glamornya SSK dengan
berkata, "Perdana Menteri telah menjadi mangsa ketidakadilan melampau di
media dan disabitkan di mahkamah pendapat umum semata-mata berasaskan
dakwaan."
Justeru, kata Salleh lagi, pihak yang memfitnah itu harus memohon maaf kepada Najib.
Hahaha....fitnah dan minta maaf konon????
Siapa yang fitnah?
Adakah laporan WSJ dan ABC News Australia berupa fitnah?
Apakah
laporan mereka tentang wang RM2,600 juta dan yang terbaru jumlahnya
dikatakan sudah meningkat kepada RM4,200 juta yang didakwa berada dalam
akaun peribadi Najib, suatu fitnah?
Apakah
perbelanjaan mewah, membeli barang kemas dan percutian mahal yang
didakwa dilakukan Najib untuk keluarganya, berupa fitnah juga?
Selain itu, adakah semua laporan media ini turut berupa fitnah, fitnah dan fitnah juga?
Kalau fitnah, mengapa masih terhegeh-hegeh untuk melakukan saman?
Berapa banyak Selasa lagi mahu ditunggu sebelum surat saman mahu dilayangkan?
Kenapa kali ini Salleh tidak menggunakan kepakarannya untuk menjawab segala apa yang didedahkan oleh media antarabangsa itu?
Kalau
benar ia berupa fitnah dan tiada kebenaran dalam semua laporan itu, ia
sepatutnya dijawab dengan hujah serta fakta dan bukan dengan menggesa
meminta maaf.
Meminta
maaf pun mestilah dibuktikan ia benar-benar fitnah terlebih dahulu.
Jika fitnah tidak dapat dibuktikan, bagaimana mahu meminta orang lain
meminta maaf?
Di
ketika yang sama, tidakkah dengan hanya mampu mengatakan serangan
terhadap Najib berupa fitnah dan pemfitnahnya perlu meminta maaf,
itulah tanda-tanda awal Salleh sudah kehabisan hujah untuk
mempertahankan bossnya, tetapi dalam masa yang sama perlu dilihat "tidak
makan gaji buta" kerana asas beliau dilantik sebagai menteri pun tidak
lain ialah kerana kegigihannya mengampu dan membodek Najib semata-mata?
Maka,
tentunya beliau perlu dilihat terus bekerja mempertahankan Najib,
walaupun tiada lagi kata-kata bermakna yang mampu diluahkannya.
Fitnah lagi???





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.