Halaman

Khamis, 7 April 2016

Jumpa mayat bayi dekat pagar klinik

Jumpa mayat bayi dekat pagar klinik
Mayat bayi terbabit yang dijumpai berhampiran klinik semalam.


KOTA BHARU - Bau busuk di hujung pagar klinik di Pengkalan Chepa membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Mayat terbabit ditemui dua pekerja klinik‎ di kawasan terbabit yang dibalut dengan baju sejuk dalam keadaan sempurna dan masih bertali pusat.

Dipercayai mayat berkenaan diletakkan pada malam kelmarin berdasarkan keadaan mayat terbabit yang sudah berbau.

Pihak forensik telah‎ dimaklumkan untuk siasatan lanjut berhubung penemuan mayat itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya siasatan masih dijalankan untuk tindakan lanjut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.