shahbudindotcom
Sejak
menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyokong kepimpinan Najib
Razak, nampak seperti ada kesungguhan bagi Tengku Razaleigh Hamzah untuk
terus memperlihatkan dirinya benar-benar telah memberi sokongan yang
tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri.
Dalam
portal Malaysiakini hari ini, beliau berkata, ahli UMNO adalah individu
yang nafasnya UMNO, pendapatnya UMNO dan percakapannya juga UMNO.
"Ahli UMNO ini nafas, makan, percakapan, fikirannya (mengenai UMNO)....secara rohani juga orang UMNO, " katanya.
Justeru, Tengku Razaleigh dipetik berkata, sebagai ahli UMNO, beliau mesti menyokong Presiden UMNO.
Semalam
pula, dalam temubual dengan Mingguan Malaysia yang petikannya disiarkan
oleh Malaysiakini, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, "saya ahli
UMNO, saya mesti sokong apa yang ada dalam UMNO dan kebetulan UMNO
berkuasa, siapa yang jadi Presiden dan Perdana Menteri, itulah orang
kita."
Kenapa nampak bersungguh sangat Tengku Razaleigh mahu memperlihatkan dirinya menyokong Najib?
Sejak
Najib menjadi Perdana Menteri bermula pada 2009, pernahkah kita melihat
keghairahan untuk menyatakan sokongan itu ditunjukkannya sebelum ini?
Kenapa hanya sekarang dan tidak sebelum ini?
Ketika
Tun Abdullah Badawi menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pula, ada
sesiapa pernah mendengar sokongan sebegitu ampuh yang ditunjukkan oleh
Tengku Razaleigh?
Begitu
juga, selepas membubarkan Semangat 46 dan kembali menyertai UMNO,
pernah kita mendengar ayat-ayat menusuk kalbu "saya ahli UMNO, saya
mesti sokong Presiden UMNO" dilafazkan oleh Tengku Razaleigh kepada
kepimpinan Tun Mahathir ketika itu?
Kenapa
hanya ketika Najib yang sedang dibelenggu masalah dan dihimpit skandal
kewangan yang dianggap terbesar sekarang baru Tengku Razaleigh mahu
menghadiahkah kata-kata sokongan seperti itu?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan