Khalid Abu Bakar
JOHOR BAHRU - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempertahankan tindakan pegawainya dalam penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pada 5 April lalu.
Khalid berkata, tindakan pegawainya dalam penahanan itu adalah mematuhi undang-undang dan menegaskan ia dilakukan di luar kawasan Parlimen.
"Saya mempertahankan tindakan pegawai-pegawai saya, tiada undang-undang melarang kita menangkap mana-mana individu kecuali imuniti bagi ahli parlimen yang berada di kawasan Parlimen.
[ARTIKEL BERKAITAN: MP pembangkang serah memo kepada KPN]
[ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi direman berhubung pendedahan dokumen LTAT]
"Sebab itu kita ambil tindakan di luar pagar Parlimen selepas pondok pengawal keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Mesyuarat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di IPK Johor di sini, pagi tadi.
Khalid berkata, penahan Setiausaha Agung PKR itu dibuat selepas mendapat pengesahan Ketua Akauntan Negara bahawa maklumat yang didedahkan Rafizi tertaklut di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Sebelum ini kita ada terima beberapa laporan tetapi tidak mendapat pengesahan samada dokumen yang didedahkan termaktub di bawah OSA dan kita hanya membuat penahanan selepas mendapat pengesahan.
"Rafizi sendiri turut mengakui dia mengetahui bahawa dokumen berkenaan adalah termaktub di bawah OSA jadi dia sendiri yang mengundang diri untuk ditangkap," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.