shahbudindotcom
Menjawab
kritikan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bahawa negeri Sarawak bukan
milik bapa Ketua Menteri, Adenan Satem, sebaliknya ia adalah milik
rakyat negeri itu, Timbalan Presiden PBB, Abang Johari Abang Haji Openg
jelas hanya mempamerkan keangkuhan dalam percubaan mempertahankan
tindakan "bossnya" itu.
"Azmin kata Sarawak bukan negeri bapa Adenan.
"Biar saya jawab, memang Sarawak negeri bapanya (Adenan), bukan negeri bapa atau datuk kau (Azmin), " katanya.
Woii, angkuhnya....
Beginikah tingkah laku seorang pemimpin, penuh dengan keangkuhan dan kesombongan?
Setelah
beberapa sekatan kemasukan dilaksanakan dan jika dibenarkan pun hanya
sehingga 5 Mei saja, hari ini Nurul Izzah Anwar pula menjadi mangsanya.
Sehingga bila sekatan ini akan terus berleluasa dan dijadikan senjata oleh pihak yang takut kehilangan kuasa?
Jika
tidak diberi pengajaran pada 7 Mei nanti, keangkuhan dan kesombongan
itu bukan saja akan terus berleluasa, malah lebih merosakkan semangat
keMalaysiaan sesama kita.
Demi kebaikan dan kesejahteraan bersama, sudah sampai masanya autonomi imigresen itu dihapuskan sama sekali.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.