"Perbincangan akan tetap diteruskan," tegas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ketegasan itu diutarakan menteri besar Selangor itu ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa parti Islam itu akan tetap bertanding di dua pilihan raya kecil (PRK) 18 Jun akan datang.
Malah, Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak berkata pihaknya akan menemui PAS lagi kerana matlamat Pakatan Harapan adalah untuk menumbangkan BN.
"Perbincangan sedang berjalan sehingga 5 Jun.
"Insya-Allah, kalau boleh hari-hari saya nak jumpa (Mustafa Ali). Itu semua sahabat kita dalam perjuangan. Matlamat kita nak lawan BN sahaja," kata ADUN Bukit Antarabangsa kepada pemberita, di Sekinchan, hari ini.
Sebelum ini, Azmin dikatakan telah bertemu dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mustafa dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar sebelum mahu melanjutkan rundingan bersama presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama lagi.
Malaysiakini hari ini melaporkan PAS meminta semua anggotanya agar itu tidak terlibat dengan spekulasi tentang kedudukan exco parti Islam itu dalam kerajaan negeri Selangor.
Sehubungan itu, Mustafa yang juga bekas setiausaha agung PAS itu meminta semua anggota PAS agar fokus kepada dua pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 18 Jun depan.
Malah, Mustafa turut menegaskan bahawa PAS akan tetap bertanding pada dua kerusi Parlimen- Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.