MALAYSIAKINI
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menggesa kerajaan
supaya segera mengembalikan kadar caruman bulanan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) pekerja kepada 11 peratus, menyatakan ekonomi negara
bertambah baik.
Timbalan Setiausaha Agung MTUC, A. Balasubramaniam, memberitahu Bernama majoriti pekerja tidak mempunyai simpanan lain untuk hari tua mereka kecuali KWSP.
Mulai Mac tahun lepas, kadar caruman bulanan KWSP pekerja dikurangkan kepada lapan peratus untuk membantu merangsang ekonomi dengan memberi lebih kuasa berbelanja kepada mereka.
"Walaupun pengurangan itu memberi tunai tambahan kepada pekerja, mereka akan rugi dalam jangka masa panjang berikutan ini akan memberi kesan kepada simpanan hari tua mereka dalam dana tersebut.
"Bagaimanapun, dengan ekonomi yang bertambah baik, tidak lagi perlu untuk mengekalkan kadar tersebut," kata Balasubramaniam.
Minggu lepas, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata ekonomi negara berkembang sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini.
"Malah, pelaburan langsung asing (FDI) meningkat, menandakan ekonomi kukuh," katanya.
Pada masa ini, terdapat 14.5 juta pencarum KWSP tetapi hanya 6.79 juta yang aktif.-Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.