Halaman

Ahad, 8 Mei 2016

Najib: Peralihan bandar tanda pemulihan dalam BN

Anne Muhammad

 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan pilihan raya negeri (PRN) yang baru diumumkan menunjukkan pengundi bandar beralih kembali kepada parti-parti komponen BN.

Katanya, ekoran berlaku urban swing (peralihan bandar) membuatkan DAP kehilangan lima kerusi.

“Apa yang kita selain daripada BN berjaya mempertahankan kekuatan tradisionalnya berlaku urban swing kepada BN dalam pilihan raya.

Urban swing ini telah berjaya mengakibatkan parti DAP hilang lima kerusi, daripada 12, urban swing ini menunjukkan revival kepada parti SUPP, khususnya.

“Dengan pemulihan ini, pada parti-parti seperti SUPP dan parti-parti yang lain, kita akan dapat perkukuhkan BN sebagai sebuah keluarga yang baik antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita di Bangunan DUN Lama Kuching.

Dalam keputusan PRN hari ini BN menang selesa dengan 72 kerusi, DAP 7 kerusi dan PKR 3 kerusi.
Momentum PRU14

Sementara itu, Najib juga berkata kejayaan BN dalam PRN Sarawak merupakan momentum ke arah dalam pilihan raya umum ke- 14 (PRU14) akan datang.

"Kita akan kaji mendalam, satu persoalan besar sama ada ke arah PRU14.

"Saya tak mahu anggap ini sesuatu yang akan menjadi kenyataan tapi ke arah PRU14 dalam erti kata kita boleh bina atas kejayaan ini.

"Dalam erti kata ini sebagai satu momentum dan kita banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan dalam menjamin kejayaan yang cemerlang pada waktu PRU14 nanti.

"Tetapi kita mesti anggap satu signal isyarat yang cukup kuat kepada Barisan Nasinal keseluruhannya," katanya.

Najib berkata, kejayaan yang dikecapi ini merupakan hasil kerjasama pasukan yang dilakukan bersama-sama.

"Saya tak pernah lihat kerajaan pusat dan negeri sehaluan, seiya dan sekata seperti ini," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.