Halaman

Isnin, 2 Mei 2016

Razif lega, syukur spekulasi terjawab

Ahmad Razif Abdul Rahman
Ahmad Razif Abdul Rahman


KUALA TERENGGANU - Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan terima kasih atas kepercayaan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepadanya bagi meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Terengganu.

Selain percaya apa yang berlaku mempunyai hikmah dan pengajaran, Ahmad Razif berkata, beliau bersyukur kerana segala spekulasi dan tanggapan yang ada sepanjang minggu lalu kini terjawab dan mengajak semua kepimpinan negeri terus bergerak dan bekerja untuk rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib: Ahmad Razif kekal MB Terengganu

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Syukur...apa berlaku ada hikmah, pengajarannya’

“Saya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan kurnia-Nya yang diberikan serta berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas kepercayaan beliau yang diberikan kepada saya serta komitmen yang diberikan oleh beliau dalam menyelesaikan isu yang melanda negeri ini sejak minggu lalu.

“Segala spekulasi serta tanggapan yang dibuat sepanjang minggu lalu telah pun terjawab hari ini (semalam) melalui pengumuman yang dibuat Perdana Menteri. Oleh itu, saya menyeru kepada semua kepimpinan negeri Terengganu untuk terus bergerak ke hadapan dan berjuang untuk negeri dan rakyat demi kesejahteraan semua,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.