shahbudindotcom
Setelah
mengumumkan peruntukan RM250 ribu kepada Pasukan Gerakan Am atau PGA di
Kuching semalam, sehari sebelum mereka membuang undi, Timbalan Perdana
Menteri, Zahid Hamidi berkata beliau juga sedia mempertimbangkan
permintaan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar untuk menaikkan elaun
anggota pasukan tersebut.
Namun, kata Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, beliau mahu "melihat" siapa yang akan mereka undi terlebih dahulu.
"Tuan-tuan dan puan-puan, buktikanlah kepada saya. Saya cakap, saya akan buat.
"Tetapi saya nak tengok dulu, (anda) pangkah siapa?" katanya lagi.
Waduhh....ingatkan di zaman moden ini tiada lagi stail politik ugut dan gertak seperti ini?
Ingatkan
juga, hanya ahli politik "cikai" atas "kelas kampungan" saja yang
melakukan perbuatan seperti itu, rupa-punya orang nombor kedua dalam
kerajaan yang ada pendidikan asas agama sejak kecil pun tidak terkecuali
dengannya.
Perbuatan
ini bukan saja memalukan Zahid dengan latar belakang agamanya itu,
malah jelas merendah-rendahkan kedudukan anggota PGA keseluruhannya yang
seolah-olah dipaksa dengan gertakan "you help me, i help you."
Apakah jika undi pasukan PGA tidak memihak kepada BN, janji kenaikan elaun itu akan diabaikan begitu saja?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.