Sebagaimana
yang dijangka, Pas dan Amanah kalah di semua kerusi yang ditandinginya
dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini. Pas bertanding di 11 kerusi,
manakala Amanah sebagai parti baru bertanding di 13 kerusi.
Kekalahan
Amanah mungkin tidak mengejutkan, bagaimanapun bagi Pas sebagaimana
yang dituturkan oleh Setiausaha Pas Sarawak, Mukhtar Suhaili, parti itu
menang moral dan semangat, meskipun belum menang kerusi.
Ohhh, begitu...
Tetapi
PKR dan DAP barangkali mendapat pengajaran paling berguna apabila
kedua-duanya dikalahkan oleh BN di enam kerusi bertindih yang mereka
bertembung sesama sendiri.
Walaupun
belum pasti BN dapat dikalahkan jika pertandingan satu lawan satu di
kerusi-kerusi tersebut, ia terbukti memberi imej yang tidak baik dari
segi konsep permuafakatan dan untuk meyakinkan rakyat.
Oleh
itu, jika benar-benar ingin menjadi alternatif kepada kerajaan di
peringkat Pusat, adalah penting untuk kedua-dua parti tersebut
mengukuhkan lagi persefahaman dan tolak ansur sesama sendiri dan tidak
membiarkan apa yang berlaku Sarawak berterusan sehingga ke pilihanraya
umum kira-kira dua tahun lagi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.