Siti Zailah Mohd Yusof
Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan (DMPNK) menyokong keputusan Jawatankuasa Tatatertib PAS yang telah memutuskan untuk mengambil tindakan ke atas Datuk Husam Musa (Adun Salor). Ia merupakan satu keputusan secara kolektif dari jawatankuasa disiplin parti yang diketuai oleh veteran parti yang berpengalaman.
Kami penuh yakin bahawa jawatankuasa dan parti yang mengambil masa yang begitu lama dalam menimbangkan dengan sebaik-baiknya dan saksama mengenai implikasi kesan siasah dan organisasi dari pelbagai dimensi. Yang paling penting tindakan parti ini dibuat berteraskan etika, kebenaran dan keadilan.
Semoga
tindakan ini akan memberikan peringatan dan pengajaran agar semua ahli
dapat menjaga kredibiliti parti dan jamaah dengan sebaiknya. Sudah
barang tentu setiap keputusan ada pro dan kons sama ada respons positif
atau negatif menurut kaca mata masing-masing. Walau bagaimanapun ruang
untuk rayuan masih terbuka luas untuk Datuk Husam merayu kepada parti
dan insya Allah kembali bersama parti sebagai wadah untuk meneruskan
perjuangan politik Islam di tanah air.
Sehubungan
dengan itu, DMPNK menyeru semua ahli PAS menerima dengan sebaiknya,
bertenang dan terus istiqamah bersama kepimpinan parti.
Semoga ibrah dan hikmah atas segala yang berlaku akan menguntungkan jamaah dan parti di dunia dan akhirat.
* Siti Zailah Mohd Yusof Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.