Wong mendakwa Nik Abduh mempelajari taktik Umno yang mengeluarkan kenyataan biadap dan dakwaan tidak berasas, berikutan 'penglibatan' parti Islam itu dengan Umno dalam tempoh kurang setahun sejak Pakatan Rakyat dibubarkan.
Wong berkata demikian sebagai mengulas ucapan Nik Abduh pada Muktamar Pemuda PAS awal hari ini seperti dilaporkan Malaysiakini.
Ketua Pemuda PAS itu dipetik sebagai berkata:
"Siapa yang memecahkan PAS sampai sesetengah ahli PAS mabuk pindah jadi AMANAH? DAP yang bagi arak sehingga mereka tubuhkan AMANAH. Itu tanda DAP angkuh," katanya.
Menjawab tuduhan itu Wong berkata Nik Abduh membuat dakwaan yang angkuh dan mendedahkan kurangnya adab beliau.
"Ucapan kosong dan fitnah itu tidak akan dilakukan oleh PAS yang dikenali DA semasa era Pakatan Rakyat.
"Adalah jelas bahawa selepas berkali-kali mengesahkan kerjasama (PAS) dengan Umno sekarang, dan juga menjadi 'penasihat' kepada Umno, penyakit Umno yang sentiasa menuduh DAP sebagai 'anti-Melayu' dan 'anti-Islam' kini telah merebak kepada kepimpinan Nik Abduh," kata ADUN Canning itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan