Halaman

Khamis, 21 Julai 2016

1MDB nafi dapat sebarang manfaat

1MDB


SHAH ALAM - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelaskan pihaknya tidak mendapat sebarang manfaat dari mana-mana transaksi yang disenaraikan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dibeli dengan dana yang didakwa dari syarikat tersebut.

1MDB dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya bukan satu pihak dalam saman sivil itu dan tidak mempunyai sebarang aset di Amerika Syarikat.

"1MDB tidak dihubungi oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau mana-mana agensi asing lain yang berkaitan dengan siasatan mereka.

"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 1MDB akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak kuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara-perkara tersebut dan nasihat dari pihak berkuasa tempatan berkaitan yang sah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu 1MDB: Jabatan Kehakiman AS mahu rampas 17 aset]

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang itu di Los Angeles semalam untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion daripada AS$3 bilion.

‎Difahamkan, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah memohon untuk merampas sejumlah 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet.‎

Dokumen mahkamah yang difailkan di Los Angeles itu menyatakan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom dari dana yang dilencong dari 1MDB.

Dokumen mahkamah itu mendakwa dana itu dilencongkan dari 1MDB "untuk faedah peribadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.