MALAYSIAKINI
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berhenti daripada mengulas pertuduhan rasuah yang sedang dihadapnya.
Beliau berkata ini merupakan peringatan terakhir kepada Lim berikutan
tindakan setiausaha agung DAP itu yang berbuat demikian sejak pada hari
beliau dihadapkan ke mahkamah disebalik telah diingatkan untuk tidak
berbuat demikian menerusi akhbar berbahasa Inggeris The Star dan melalui
peguam mewakili Lim.
"Saya perlu keluarkan peringatan terakhir ini berikutan komen terbarunya
sama seperti 'menyerang' integriti saya sebagai pendakwa raya.
"Saya perlu mempertahankan diri saya terhadap tuduhan tidak berasas seumpama itu yang mempersoalkan integriti saya.
"Dalam usaha mempertahankan diri saya, saya mungkin terpaksa mendedahkan
bukti yang ada pada pihak pendakwa raya terhadapnya (Lim)," katanya
dalam kenyataan hari ini.
Apandi yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan Lim
berkata, kebanyakan bukti terhadap Lim adalah dalam bentuk dokumen dan
semua dokumen itu ada dalam milikannya.
Lim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau
Pinang pada 29 Jun dan esoknya (30 Jun) dihadapkan di Mahkamah Tinggi
terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada
zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai
pasaran.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan