BERITA kilat.
Tuntutan mahkamah oleh kerajaan
Amerika Syarikat menamakan Riza Abdul Aziz, anak tiri Perdana Menteri (Datuk
Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak,
sebagai “individu berkenaan” dalam kes 1MDB.
Demikian menurut berita kilat Reuters yang dihantar
melalui sistem pesanan ringkas jam 8.09 malam tadi. (Berita seterusnya di sini).
Riza adalah anak Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah
Mandor dengan suami pertamanya. Dia adalah penerbit filem yang tinggal di Amerika.
![]() |
| Kiri Riza, kanan Jho Low |
Berita kilat itu mengesahkan laporan terdahulu oleh akhbar New York Times (NYT) bahawa Riza, Jho Low dan bekas pegawai kerajaan Abu Dhabi, Mohamed Badawy al-Husseiny, akan disabitkan dalam satu tuntutan mahkamah di Amerika Syarikat. (Baca di sini).
Turut dibabitkan dalam tuntutan
itu adalah sekutu Jho Low dan warganegara Malaysia bernama Eric Tan Kim Loong
dan seorang lagi bekas pegawai kerajaan Abu, Dhabi Khadem Abdulla Al-Qubaisi.
Kes itu
dijangka melibatkan rampasan harta bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) yang
dipercayai dibeli dengan wang yang disyaki dicuri daripada 1MDB.
Laporan
Reuters mengatakan sebanyak AS$3.5 bilion dicuri daripada 1MDB.
NYT, dalam
laporannya berkata wang itu disembunyikan dalam bentuk hartanah, karya seni dan
barang-barang berharga lain.
Duit itu
disonglap daripada 1MDB dan dipindahkan di sekeliling dunia secara rahsia
menggunakan syarikat kosong (shell company), kata Jabatan Keadilan Amerika.
Agensi kerajaan
pusat Amerika itu memohon kebenaran merampas aset-aset tersebut melalui satu
unit bernama “Kleptocracy Asset Recovery Initiative” yang tugasnya mendapatkan
semula harta yang dicuri oleh pihak berkuasa.
Jabatan
Keadilan Amerika menyipatkan penyonglapan duit 1MDB sebagai pencurian oleh
pemerintah (kleptokrasi).
Ini adalah
kes terbesar seumpamanya yang pernah digerakkan oleh jabatan tersebut.
Seperti yang
saya sebutkan sebelum ini, kemungkinan yang paling ditakuti oleh Mohd Najib
adalah tindakan undang-undang ke atas Riza dan Jho Low.
Wallahuaklam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.