Sidang media selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan saman tersebut semalam. –Foto EPA
SHAH ALAM - Saman yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) semalam mendakwa AS$731 juta disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik 'Malaysian Official 1'.
DOJ tidak menamakan 'Malaysia Official 1' tetapi menggambarkan individu itu sebagai pegawai berpangkat tinggi.
Semalam, DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwanya dibeli menggunakan dana yang dialihkan dari 1MDB.
Menurut saman itu, transaksi terbesar didakwa dibuat kepada 'Malaysian Official 1' adalah AS$681 juta deposit ke sebuah akaun AmBank pada Mac 2013.
[ARTIKEL BERKAITAN: Isu 1MDB: Jabatan Kehakiman AS mahu rampas 17 aset]
Menurut saman itu, jumlah itu didakwa datang dari AS$3 bilion bon 1MDB dan dari bon itu, AS$1.26 bilion didakwa telah dialihkan ke dalam akaun milik Tanore Finance Corporation, yang kemudiannya menyalurkan AS$681 juta kepada 'Malaysian Official 1'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan