shahbudindotcom
Rata-rata
pengguna kenderaan melahirkan rasa marah dan tidak puas hati dengan
tindakan DBKL menaikkan kadar bayaran meletak kereta antara 100 hingga
200 peratus yang sudah dilaksanakan mulai sekarang dan akan berkuatkuasa
sepenuhnya pada 1 Ogos depan.
Alasan
DBKL bahawa kenaikan itu bertujuan untuk mengurangkan kesesakan
lalulintas, menggalakkan wargakota menggunakan pengangkutan awam dan
berkongsi kereta dilihat tidak masuk akal kerana sistem pengangkutan
awam kita masih jauh ketinggalan, tidak cekap dan belum menyeluruh ke
banyak kawasan.
Tengku
Adnan Tengku Mansor sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ternyata gagal
melihat isu bayaran meletak kenderaan ini dalam skop yang lebih luas dan
seolah-olah hanya mengikut telunjuk syarikat yang mengusahakan sistem
bayaran tersebut.
Yang
nyata, beban wargakota akan bertambah lagi dengan tindakan DBKL ini,
khususnya mereka yang bekerja di kawasan-kawasan tesebut.
Soalnya, di mana Pemuda UMNO, khususnya Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dalam isu ini?
Tidak mahukah mereka mengadakan demonstrasi besar-besaran atau menghantar memorandum bantahan kepada DBKL?
Bukankah ini masalah yang lebih dekat dengan rakyat berbanding isu duit raya atau dedak yang mereka berdemo sebelum ini?



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.