HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 Julai 2016

Jamal beri amaran adakan Himpunan Baju Merah 2.0 jika pengkritik PM teruskan himpunan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sekumpulan kecil penyokong Baju Merah  berhimpun di depan pasaraya Sogo bagi membantah tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan yang menyarankan rakyat negara ini mengadakan demonstrasi bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.
 
Himpunan tersebut diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos, yang sebelum ini mengepalai Perhimpunan Baju Merah pada September tahun lalu.
 
"Kita akan menjadikan jalanan merah lagi dengan Himpunan Baju Merah 2.0 jika mereka meneruskan himpunan anti Najib," katanya.  
 
Kumpulan itu juga berlegar-legar sekitar pasaraya berkenaan dan bersama Jamal yang tiba pada pukul 4.20 petang tadi. 
 
Himpunan tersebut tenang tanpa sebarang insiden provokasi sebagaimana sebelum ini. 
 
Dilaporkan, tiada anggota polis kelihatan di sekitar kawasan pasaraya itu ketika perhimpunan itu berlangsung.
 
Penyokong kemudiannya bersurai selepas kira-kira sejam berhimpun. 
 
 

Tiada ulasan: