Halaman

Khamis, 21 Julai 2016

Mahathir mahu wujudkan parti baru 'secepat mungkin'

ANTARAPOS.COM


Post Pic


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang meneliti bagaimana untuk menubuhkan parti politik barunya secepat mungkin.

Beliau akur terdapat masalah dan kelewatan dalam mendaftarkan sebuah parti baru dan tidak menolak kemungkinan mengambil alih sebuah parti sudah wujud.

“Kami sedar jika mendaftarkan sebuah parti  baru, ianya tidak akan diluluskan atau ia akan dilewatkan untuk selama berbulan atau tahun.

“Oleh itu, kami cuba mencari penyelesaian bagi masalah itu tetapi kami tetap akan menubuhkan parti ini dan kami akan membuat perisytiharan rasmi matlamat kami,” katanya di sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di isini Khamis.

Apabila ditanya sama ada tempoh waktu untuk menubuhkan parti itu beliau berkata, “secepat mungkin”.

Turut hadir di sidang akhbar itu ialah Datuk Zaid Ibrahim, Khalid Samad, Tun Dr Ling Liong Sik dan Datuk S. Ambiga.

Dr Mahathir mengumumkan Jumaat lalu, beliau akan menubuhkan sebuah parti politik baru yang akan bekerjasama dengan parti pembangkang bagi menyingkirkan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil akan datang.

Parti itu akan menjadi sebahagian gabungan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, termasuk NGO serta individu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.