Rakyat Malaysia perlu belajar daripada kematangan politik rakyat turki dalam mempertahankan kerajaan pilihan mereka daripada sebarang cubaan rampasan kuasa melalui cara yang tidak demokratik.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, rakyat Turki telah memperlihatkan bahawa kerajaan demokratik perlu dipertahankan tanpa sebarang kompromi.
"Malaysia harus ambil iktibar daripada insiden ini. Rakyat Turki telah menyatakan kecintaan kepada demokrasi dengan mahu segala proses perlu melalui saluran demokrasi," katanya.
Turut serta pada pertemuan itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anuar, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir, Pengarah Strategi Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Wanita Amanah Dr Siti Mariah Mahmud, Naib Ketua Pemuda Amanah Wan Anwar Wan Ibrahim dan Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar.
Turut menyokong pandangan itu, Nurul Izzah dan juga Teresa yang masing-masing mahu kefahaman serupa dibina di Malaysia.
"Kita harus bina kefahaman ini untuk pertahan demokrasi di negara kita dan desak pilihan raya adil tanpa rasuah di Malaysia," kata Nurul Izzah.
"Saya kagum melihat rakyat dan seluruh parti politik Turki bersatu kutuk kudeta. Saya berharap budaya ini dikekalkan untuk pertahan sistem pemerintahan demokrasi," ujar Teresa.
Pertemuan 40 minit itu antara lain bagi menyatakan penolakan terhadap cubaan rampasan kuasa oleh segelintir kecil tentera dan mendokong kerajaan pilihan rakyat Turki pimpinan Recep Tayyib Erdogan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.